Wednesday, February 12, 2020

SIRI MENJADI JUTAWAN - TAHAP 2

Saturday, February 8, 2020

SIRI MEMBINA JUTAWAN - TAHAP PERTAMA



Sebanyak 51 TAHAP yang perlu ANDA jalani dan kemajuan tercapai dengan kesanggupan ANDA melakukan penambahbaikan. Sebarang kekurangan akan dikemaskini untuk setiap proses.

Saturday, December 27, 2014

Doa Murah Rezeki 1


"Ya Tuhan kami, turunkanlah kiranya kepada kami suatu hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami iaitu orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau; berilah rezeki kepada kami, dan Engkaulah pemberi rezeki yang paling Utama" Surah Al-Maidah:114

Wednesday, April 30, 2014

Cara Untuk Menjadi Jutawan



Ramai yang tertanya cara untuk jadi jutawan, makanya saya cuma mampu katakan begini. Jika saya sebut anda boleh jadi jutawan dengan caranya begini-begini, lalu anda pun berkata balas, apakah yang saya katakan itu boleh terjadi, mampu berlaku atau bisa menjadi reality. Di sini anda mula meletakkan suatu bentuk persoalan sebelum memulakan perjalanan. Okey kita tinggalkan ianya sejenak…kerana ada orang datang.

Sedang kita berbicara ini, muncul seorang teman lalu bertanya saya, gi mana jalan dan caranya untuk saya ke Kuala Lumpur. Belum pun sempat saya menjawab pertanyaan itu, anda pulak yang lebih dulu menyampuk dan menyampaikan informasi kepadanya, bukan sekadar untuk ke Kuala Lumpur bahkan ke Pulau Karimun atau Pulau Natuna pun, anda boleh ceritakan perjalanan yang sejelas-jelasnya dan tak mungkin sama sekali teman kita itu akan sesat. Bukan sahaja dia, kalau anda pun tidak pernah sampai atau tidak tahu mana nak dituju maka anda bakalan sesat di perjalanan juga.


Anda hendaklah berada dalam REALITI. Untuk menjadi pemimpin No.1, hanya ada satu sahaja.... tetapi untuk jadi JUTAWAN ... peluang terbuka luas. Ayuh...




Nah, semua destinasi ada jalannya. Tinggal lagi anda belum ke temu orang yang tahu arah tujunya atau orang itu sedang dalam perjalanan untuk menuju ke situ. Makanya, biar saya khabarkan bahawa menjadi Trilionwan sebenarnya lebih mudah dari menjadi Jutawan. Kenapa begitu? Pertama apabila anda menyebut untuk menjadi jutawan mereka segera iaitu teman-teman baik kita akan memandang anda dengan kelekehan sebelum mereka memberikan kata rangsangan. Tetapi jika anda berkata anda ingin menjadi Trilionwan, pastinya mereka akan terdiam kerana mula berfikir dan mengaruk kepala yang tidak gatal untuk menambah kosong selepas bilangan juta.

Itulah letupan minda yang anda telah lakukan, lalu anda terangkan pada mereka trilionwan ialah bukan ratus juta atau ribu juta tapi trilionwan ialah juta-juta. Wow, anda hebat kerana mampu menunjukkan satu destinasi pelancongan minda yang baru. Bergegar otak saya memikirnya. Saya sebenarnya dah dapat jadi jutawan sekali, bila mana saya tukarkan duit yang nilainya hampir RM300 kepada rupiah. Menjadi jutawan saya, maksud saya juta rupiah.

Okey, sebelum anda memulakan destinasi anda untuk menuju trilionwan itu, biar saya berikan satu panduan atau pengiraan mudah bagi menjadikan duit RM100 menjadi SEJUTA. Anda fikir atau carilah suatu perniagaan yang memungkinkan anda mendapat keuntungan 20% setiap kali niaga. Jika anda mulakan modal itu dan meningkatkan keuntungan 20%. Lihatlah nilaiannya duit RM100 mampu menjadi RM1,092,052.58.


(Klik imej untuk besarkan)

Sebenarnya rahsia untuk menjadi trilionwan itu tersirat menjadi rahsia untuk menjadi jutawan yang ada di dalam buku ini. Jika anda masih berkira-kira untuk mengeluarkan sedikit wang dalam penerokaan ilmu, lupakanlah hasrat anda lalu anda mundur ke belakang atau anda berubah dan maju ke depan, temui anda di puncak kejayaan dan KLIK.

Monday, June 15, 2009

Sempurnakan Sikap Mu

Rata-rata orang yang berjaya adalah orang yang mempunyai sikap yang mendorong mereka menuju kejayaan. Untuk mencapai kejayaan seperti mereka anda perlu mempunyai sikap seperti mereka.

Sikap boleh diubah dengan cara yang mudah. Ianya seumpama anda menyarungkan pakaian. Buktinya manusia yang menyarungkan sarung beruang menyebabkan kita menyangka ianya seekor beruang. Tentulah kita akan terkejut jika kita disergah oleh beruang sarung itu. Apabila anda menonton beberapa filem Melayu misalnya, cuba perhatikan pelakon popular, pelbagai watak boleh dilakonkannya dengan baik dan adakala kita juga turut teruja untuk menjadi hero sepertinya dalam alam nyata ini. Lihatlah kemampuannya menempa kejayaan, banyak anugerah telah diperolehi kerana lakonannya berjaya menjiwai sesuatu watak yang diberi. Ketulusan hatinya ketika berlakon bukan kerana sesuatu anugerah tetapi tanggungjawab yang diterima.

Siapa pelakon hebat itu, beliau berjaya kerana komitmennya terhadap skrip yang diberi. Skrip adalah maklumat penting bagi seorang pelakon. Daripada skrip tersebutlah dia akan tahu wataknya, dialog, kesesuaian pakaian, mimik muka yang perlu dibuat. Melakonkan watak orang kaya tentulah berbeza penampilannya dengan watak orang gila. Orang mabuk berjalan terhoyong-hayang, hero pula berjalan segak dan bergaya.

Saturday, October 11, 2008

Monday, September 22, 2008

Tambahkan Pendapatan Anda Dengan Jayanya

Jika anda sedang berkira-kira untuk meningkatkan pendapatan, maka inilah masanya yang paling sesuai untuk anda membuat keputusan. Jangan ditunggu lagi, sentiasalah melawat laman web ini. Pelbagai info akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk tatapan anda. Yang pastinya, pendapatan anda akan turut bertambah. Apakah rahsianya? Klik pada GAMBAR KANAK-KANAK SEDANG BERMAIN BUIH SABUN....